Tentang DiSufi

Pusat Rawatan Islam berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah, ditubuhkan bagi membantu umat Islam dan masyarakat umum mencari kesembuhan dengan izin Allah SWT.

Sejarah DiSufi

DiSufi bermula dengan nama Darul Sufiah, dan pada tahun 2014 ditukar kepada DiSufi. Pengasasnya, Tn Haji Mohd Nizam bin Othman, berasal dari Tangkak, Johor, menimba ilmu perubatan Islam daripada guru-guru terkenal termasuk Pak Long Hamzah, Raden Hj Ismail, dan Allahyarham Ustaz Kasim Ibrahim.

Beliau mendalami ilmu rawatan seperti ruqyah, urutan, membuang saka, dan rawatan batin serta menuntut di Sekolah Pondok Raudatul Ulum, Selangor. Bermula dari rumah, kini DiSufi berkembang dengan banyak cawangan di seluruh Malaysia.

Misi, Visi & Matlamat

Misi

Menyediakan perkhidmatan perubatan Islam sebagai penyelesaian berlandaskan syariat.

Visi

Menjadikan perubatan Islam sebagai alternatif kepada perubatan moden untuk masyarakat Islam & bukan Islam.

Matlamat

Mengimbangi kesihatan mental & fizikal dengan rawatan Islam yang profesional, beretika & bebas khurafat.

Objektif

Membantu umat Islam & masyarakat umum yang memerlukan rawatan Islam.

Menyediakan rawatan dengan kadar ikhlas, rendah & mengikut kemampuan pesakit.

Mendidik aqidah umat Islam daripada unsur syirik & khurafat.

Menyediakan perawat berilmu, berakhlak & taat kepada ajaran Islam.

Kaedah Rawatan

Pusat Rawatan Islam berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah, ditubuhkan bagi membantu umat Islam dan masyarakat umum mencari kesembuhan dengan izin Allah SWT.